Assalamualaikum
Hari ni just nak citer apa yang ada dalam otak aq sekarang..Pemerhatian ke atas setiap sesuatu dan kejadian alam yang berlaku memungkinkan untuk seseorang manusia yang jahil berubah kepada sebaik-baik manusia di muka bumi ini..Jangan lah sekali-kali untuk kita berputus asa dalam hidup ini. Hidup di dunia bukannya lama, tetapi di Akhirat sana adalah tempat tinggal kita yang sebetunya dan sudah dijanjikan oleh Allah SWT (our creator) bahawasanya kita akan mendapat balasan dengan setiap yang kita kerjakan di muka bumi ini..
Hidup di muka bumi ini ibarat kita berada di dewan peperiksaan..Menjawab soalan-soalan peperiksaan yang kadang2 ada yang susah dan senang..Bagi aq tahap susah atau senang soaln2 tu semuanya bergantung kepada diri sendiri..Jika kita bersedia dan bersedia, sudah pasti soalan2 tersebut dapat dijawab dengan jayanya..Begitu juga dengan ujian yang telah Allah swt sediakan di muka bumi ini..
Allah swt ingin menguji kepada hamba-hambaNya yang betul2 beriman, yang sanggup mengeluarkan zakat, menolong sesama muslim dan tidak lupa juga membantu manusia yang memerlukan bantuan termaasuklah juga non-muslim..Bukan sahaja kepada manusia, malah makhluk2 ciptaanNya yang lain juga perlu kita sebagai khalifah di muka bumi ini menjaga dengan penuh kasih sayang..
Kekayaan bukannya untuk ditunjuk2..dan kemiskinan bukannya untuk disesali..Kemiskinan dan kekayaan adalah ujian Allah swt di muka bumi..Adakah harta boleh dibawa ke akhirat kelak?..dan yang miskin perlu lah berusaha untuk menaikkan taraf hidup dan bukannya hanya berdiam diri dan sentiasa menyalahkan takdir..pemikiran yang seperti itu adalah salah sama sekali..
Akhir kalam..Wassalam..
No comments:
Post a Comment